Kemas kini terakhir: 27 Julai 2026
Aplikasi Gamjak (untuk anak anda) tidak mengumpul sebarang data peribadi. Semua kemajuan pembelajaran — nama profil, bintang, tiket, galeri lukisan, tetapan had masa skrin — disimpan terus dalam peranti anda sahaja (localStorage). Tiada akaun, tiada log masuk, tiada maklumat dihantar ke pelayan kami semasa anak anda bermain.
Tiada iklan, tiada penjejakan pihak ketiga, tiada media sosial. Aplikasi ini direka khas untuk kanak-kanak — tiada SDK pengiklanan, tiada analitik penjejakan tingkah laku dipasang dalam aplikasi kanak-kanak.
Satu pengecualian — pengaktifan kod premium. Bila ibu bapa memasukkan kod aktivasi pembelian (dlm Ruangan Ibu Bapa), aplikasi menghubungi pelayan kami (Supabase) sekali sahaja untuk sahkan kod tersebut. Kami rekod: hash kod (bukan data peribadi), status aktif/tidak, dan cap masa. Tiada nama, emel, atau maklumat anak dihantar dalam proses ini.
Portal Marketer (untuk affiliate, bukan untuk kanak-kanak). Jika anda mendaftar sebagai marketer di portal affiliate, kami simpan emel & nama anda (via akaun Supabase Auth) untuk urus kod rujukan & komisen. Portal ini berasingan sepenuhnya drpd aplikasi kanak-kanak & hanya untuk dewasa.
Laman web ini (gamjak.com). Laman jualan ini pada masa ini tidak memasang alat analitik/kuki penjejakan. Jika ini berubah pada masa depan (cth. analitik mesra-privasi tanpa kuki), kami akan kemas kini dasar ini.
Hak anda. Sbb data kekal dlm peranti anda, anda kawal sepenuhnya — padam aplikasi/kosongkan storan pelayar utk hapus semua data profil anak anda pada bila-bila masa. Utk soalan mengenai kod aktivasi/pembelian yg direkod di pelayan kami, hubungi WhatsApp kami.
Pembelian sekali sahaja. Kod aktivasi premium ialah pembelian sekali bayar utk 1 peranti/pelayar (data tersimpan setempat, bukan akaun awan) — semua kandungan terbuka selama-lamanya selepas diaktifkan, tiada langganan berulang.
Jaminan wang dikembalikan. Tidak berpuas hati dlm masa 7 hari selepas beli? Hubungi kami via WhatsApp utk bayaran balik penuh, tiada soalan ditanya.
Guna secara wajar. Kod aktivasi utk kegunaan 1 keluarga/1 peranti. Jangan kongsi/jual semula kod kepada pihak lain.
Program Affiliate. Komisen RM10 diberi utk setiap jualan sah yg dirujuk marketer berdaftar, dibayar secara manual (bank transfer/DuitNow) selepas disahkan. Gamjak berhak semak & tolak komisen yg disyaki penipuan/rujukan diri sendiri.
Perubahan harga. Harga premium meningkat automatik mengikut tier jualan (rujuk halaman Harga) — harga yg dibayar semasa pembelian kekal sah selama-lamanya, tidak terjejas kenaikan tier akan datang.
Hubungi kami. Sebarang pertanyaan mengenai privasi atau terma ini, hubungi 💬 WhatsApp +60 10-306 5030.