4–7 tahun
Asas membaca & mengira
Suku kata, membaca, nombor, tambah, tolak dan darab — disusun dalam peta laluan yang buka satu demi satu. Termasuk mini-game Playground dwibahasa.
- 🎮 Little Ones
- 🧒 32 unit
- 🍎 Playground
⭐ Untuk anak 4–12 tahun · 100% Bahasa Melayu
Suku kata, matematik, cerita & pengetahuan am — 14 kategori dalam satu app. Berfungsi tanpa internet, tiada iklan, sekali bayar.
Gamjak Premium RM69Sekali bayar · semua 14 kategori · jaminan wang balik 7 hari
Pilihan terbaik untuk kanak-kanak yang baru mula belajar; anak saya yang berusia 4 tahun sangat menyukainya. Sangat disyorkan.
Aplikasi ini benar-benar membantu anak saya. Dia belajar untuk lebih fokus sambil berseronok pada masa yang sama.
Tengok dalam 30 saat
Biasa sangat, kan?
Buku teks & lembaran kerja cepat buat anak kecil hilang minat.
Kebanyakan app tumpu Bahasa Inggeris. Yang Bahasa Melayu dan menarik, sangat sedikit.
Bagi tablet untuk "belajar", tapi terdedah iklan dan video yang tak sesuai umur.
App lain cepat membosankan, kandungan sikit, lepas seminggu terus dilupakan.
Gamjak dibina untuk selesaikan keempat-empat masalah ni. Tengok caranya ↓
14 kategori, satu app
Setiap bahagian direka untuk umur 4–12 tahun, dan setiap game kini dilabel umur sesuai. Semua arahan bersuara, jadi anak yang belum pandai membaca pun boleh main sendiri.
4–7 tahun
Suku kata, membaca, nombor, tambah, tolak dan darab — disusun dalam peta laluan yang buka satu demi satu. Termasuk mini-game Playground dwibahasa.
4–12 tahun
20 buku cerita bergambar (BM & BI) dengan suara penuh dan sorotan perkataan. Mod "Baca Untuk Saya" atau "Saya Baca Sendiri", siap dengan soalan kefahaman.
6–12 tahun
60 tahap teka-teki dan 7 permainan papan klasik seperti Dam, Congkak dan Catur — lawan komputer atau bersama keluarga.
🆕 Baharu · 4–12 tahun
Bijak Math — helah mengira pantas dalam kepala, setiap satu dengan video penerangan dan 5 tahap latih tubi sehingga anak jadi mahir. 26 helah dah dibuka.
Cepat Baca (8–12 tahun) — latih mata membaca lebih pantas tanpa hilang kefahaman. 6 permainan latihan dah dibuka.
8–12 tahun
30 buku fakta: sejarah dunia, ilmuan Islam, tamadun Islam, sains dan dinosaur dalam format buku interaktif — semuanya disemak daripada sumber sebenar. Uji kefahaman dengan 18 kuiz Trivia — mod Mudah tanpa had masa atau mod Cabaran bertimer.
Semua umur
Mewarna, lukisan bebas, 10 permainan arked dengan watak asli Gamjak — dan bintang yang boleh ditukar dengan aksesori avatar.
5–12 tahun
Pilih kad, hantar kad, kumpul set makanan Malaysia — nasi lemak, satay, teh tarik dan banyak lagi. Tiga mod permainan, 1–4 pemain atau lawan komputer. Ditambah Kad Pelangi — padankan warna atau nombor, habiskan kad dahulu!
🆕 Baharu · 5–12 tahun
Susun anak panah untuk bawa Robo ke stesen cas, elak batu dan kutip bateri. Kemudian guna blok Ulang supaya kod lebih ringkas. 30 peta dengan petunjuk — melatih logik dan cara menyelesaikan masalah tanpa perlu menaip kod.
Lihat sendiri
Kenapa ibu bapa pilih Gamjak
Main dalam kereta, kapal terbang atau kampung tanpa liputan. Internet hanya perlu sekali untuk aktifkan kod.
Tiada pihak ketiga, tiada pautan luar, tiada video cadangan yang tak diundang.
Had masa skrin harian, laporan kemajuan setiap anak dan pintu keselamatan untuk tetapan.
Tiada langganan bulanan. Kandungan baharu ditambah dari semasa ke semasa tanpa caj tambahan.
Suara Bahasa Melayu yang jelas untuk setiap arahan, jadi anak pra-sekolah boleh main sendiri.
Ada soalan atau masalah? Terus mesej kami. Pembantu AI menjawab segera, dan pasukan kami sedia membantu jika perlu.
Walkthrough 3 minit
Kata ibu bapa
Testimoni sebenar daripada ibu bapa pengguna Gamjak
Harga
🇲🇾 Siapa di sebalik Gamjak? Dibina oleh NiagaIQ Technologies, syarikat kecil Malaysia — bukan app luar negara yang diterjemah. Ada soalan? WhatsApp kami. Pembantu AI menjawab segera, dan pasukan kami sedia membantu jika perlu.
🤔 "Murah sangat, nanti tutup?" Soalan yang adil. Selepas kod diaktifkan sekali, semua kandungan tersimpan dalam peranti anda dan berfungsi tanpa internet — app tidak bergantung pada pelayan kami untuk terus dimainkan.
✅ Boleh disemak: app rasmi di Google Play · bayaran melalui ToyyibPay (FPX & kad) · jaminan wang dikembalikan 7 hari.
Akses penuh
Memuatkan harga...
Harga biasa RM69
Nama (jika diisi) boleh dipaparkan pada popup “baru membeli”. Emel tidak dipaparkan.
🔒 Bayaran selamat melalui ToyyibPay (FPX & kad)
⭐ Jimat terbanyak
👨👩👧 Pakej Keluarga
Ada 3 peranti? Beli 2, percuma 1
Harga penuh RM69 × 3 = RM207
RM138 untuk 3 kod
Hanya RM46 setiap kod
🔥 Jimat RM69
Emel (dan nama, jika mahu) diisi di kad Akses penuh (atas/kiri) dahulu.
Cuba semua ciri dengan akses penuh. Tak puas hati dalam 7 hari? Bayaran balik 100%, tiada soalan ditanya.
Percuma untuk ibu bapa
Soalan lazim
Tidak — semua permainan & kandungan pembelajaran berfungsi 100% luar talian. Sambungan internet cuma diperlukan sekali sahaja untuk aktifkan kod pembelian.
Umur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak kecil mula dengan huruf, suku kata & nombor; yang lebih besar boleh cuba Tahukah Anda, Trivia, Board Games, Bijak Math (helah kira kilat) & Cepat Baca (latihan membaca pantas). Setiap permainan dilabel umur sesuai, dan game yang sepadan dengan umur profil anak ditanda ⭐ Sesuai untukmu.
Tiada had — cipta seberapa banyak profil yang anda perlukan dalam satu peranti, sesuai untuk adik-beradik.
Sekali bayar sahaja. Tiada langganan, tiada caj berulang — semua kandungan terbuka selama-lamanya selepas aktifkan kod.
Tidak — 1 kod aktivasi hanya sah untuk 1 peranti sahaja (dikuatkuasakan automatik oleh sistem kami). Jika anak main di PC & tablet berasingan, setiap peranti perlukan kod aktivasi sendiri. Profil pelbagai anak dalam PERANTI YANG SAMA tetap tiada had.
Ya — tiada iklan, tiada ciri chat/media sosial, tiada pautan ke laman luar. Ruangan Ibu Bapa turut sediakan had masa skrin & laporan kemajuan.
Mana-mana telefon/tablet dengan pelayar web moden (Android & iOS), serta komputer. Boleh dipasang terus ke skrin utama seperti aplikasi biasa (PWA), atau muat turun dari Google Play.
Kami tawarkan jaminan wang dikembalikan 100% dalam masa 7 hari selepas pembelian — tiada soalan ditanya. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk proses bayaran balik.
RM69 sekali bayar · semua kandungan · jaminan wang dikembalikan 7 hari
Beli Premium SekarangNak jana pendapatan sampingan? Jadi Marketer Gamjak — RM15 setiap rujukan berjaya
Belum sedia beli?
Muat turun app Gamjak dari Google Play. Unit pertama setiap kategori percuma — buka premium bila anak dah suka.
Video (30 saat): pasang Gamjak di iPhone / iPad dalam 3 langkah.
Imbas untuk muat turun