Dasar Privasi & Terma Perkhidmatan

Kemas kini terakhir: 3 Oktober 2026

🔒 Dasar Privasi

Aplikasi Gamjak (untuk anak anda) tidak mengumpul sebarang data peribadi. Semua kemajuan pembelajaran — nama profil, bintang, tiket, galeri lukisan, tetapan had masa skrin — disimpan terus dalam peranti anda sahaja (localStorage). Tiada akaun, tiada log masuk, tiada maklumat dihantar ke pelayan kami semasa anak anda bermain.

Tiada iklan, tiada penjejakan pihak ketiga, tiada media sosial. Aplikasi ini direka khas untuk kanak-kanak — tiada SDK pengiklanan, tiada analitik penjejakan tingkah laku dipasang dalam aplikasi kanak-kanak.

Satu pengecualian — pengaktifan kod premium. Bila ibu bapa memasukkan kod aktivasi pembelian (dlm Ruangan Ibu Bapa), aplikasi menghubungi pelayan kami (Supabase) sekali sahaja untuk sahkan kod tersebut. Kami rekod: hash kod (bukan data peribadi), status aktif/tidak, dan cap masa. Tiada nama, emel, atau maklumat anak dihantar dalam proses ini.

Portal Marketer (untuk affiliate, bukan untuk kanak-kanak). Jika anda mendaftar sebagai marketer di portal affiliate, kami simpan emel & nama anda (via akaun Supabase Auth) untuk urus kod rujukan & komisen. Portal ini berasingan sepenuhnya drpd aplikasi kanak-kanak & hanya untuk dewasa.

Emel untuk pautan percuma (gamjak.com). Jika anda memasukkan emel di bahagian “Cuba percuma dahulu”, kami simpan emel itu dan menghantar sehingga 3 emel (pautan muat turun, tip penggunaan dan satu tawaran harga) dalam tempoh 4 hari. Kami tidak berkongsi emel itu dengan pihak lain. Balas mana-mana emel dengan “berhenti” dan kami padam rekod anda.

Data semasa pembelian (gamjak.com). Bila anda menekan butang Beli, kami simpan sementara emel, nama pendek, alamat IP dan jenis pelayar (user agent) anda supaya kod aktivasi boleh dihantar dan pembelian disahkan. Selepas bayaran disahkan, data sementara ini dipadam daripada pangkalan data kami (kecuali nama pendek, jika anda mengisinya: ia kekal bersama rekod jualan dan boleh dipaparkan pada popup “baru membeli” di gamjak.com; emel tidak pernah dipaparkan, dan anda boleh meminta kami membuang nama itu bila-bila masa); jika bayaran tidak disempurnakan, data itu dipadam secara automatik selepas 30 hari (anda juga boleh meminta kami memadamnya lebih awal). Jika anda datang daripada iklan OpenAI atau Meta, untuk mengukur keberkesanan iklan kami hantar kepada platform itu emel dan nama pertama anda dalam bentuk kod hash (bukan teks asal), serta alamat IP, jenis pelayar dan pengecam klik iklan. Kami tidak menjual data anda.

Laman web ini (gamjak.com). Laman jualan ini menggunakan Google Analytics, Meta Pixel dan OpenAI Ads Measurement Pixel untuk mengukur lawatan halaman dan pembelian yang disahkan. Perkhidmatan ini boleh menggunakan kuki dan menerima maklumat pelayar serta rujukan iklan. Penjejakan ini tidak dipasang dalam aplikasi permainan kanak-kanak.

Hak anda. Sbb data kekal dlm peranti anda, anda kawal sepenuhnya — padam aplikasi/kosongkan storan pelayar utk hapus semua data profil anak anda pada bila-bila masa. Utk soalan mengenai kod aktivasi/pembelian yg direkod di pelayan kami, hubungi WhatsApp kami.

📜 Terma Perkhidmatan

Pembelian sekali sahaja. Kod aktivasi premium ialah pembelian sekali bayar utk 1 peranti/pelayar (data tersimpan setempat, bukan akaun awan) — semua kandungan terbuka selama-lamanya selepas diaktifkan, tiada langganan berulang.

1 kod aktivasi = 1 peranti sahaja. Setiap kod aktivasi hanya boleh digunakan SEKALI, pada SATU peranti sahaja (dikuatkuasakan secara automatik oleh sistem kami — bukan sekadar syor). Contoh: jika kod diaktifkan di PC, kod yang sama TIDAK boleh diaktifkan lagi di iPad/telefon lain. Jika anak anda main di lebih drpd 1 peranti, setiap peranti perlukan kod aktivasi sendiri.

Jaminan wang dikembalikan. Tidak berpuas hati dlm masa 7 hari selepas beli? Hubungi kami via WhatsApp utk bayaran balik penuh, tiada soalan ditanya.

Program Affiliate. Komisen RM15 diberi utk setiap jualan sah yg dirujuk marketer berdaftar (RM30 utk jualan Pakej Keluarga), nilai tetap dan penuh walaupun pembeli membeli semasa harga promosi. Komisen dibayar secara manual (bank transfer/DuitNow) selepas disahkan. Gamjak berhak semak & tolak komisen yg disyaki penipuan/rujukan diri sendiri.

Perubahan harga. Harga premium meningkat automatik mengikut tier jualan (rujuk halaman Harga) — harga yg dibayar semasa pembelian kekal sah selama-lamanya, tidak terjejas kenaikan tier akan datang.

Hak milik intelek. Semua kod perisian, reka bentuk, grafik, ilustrasi, watak (termasuk Igu), audio, video, teks dan kandungan pembelajaran Gamjak ialah hak milik NIAGAIQ TECHNOLOGIES dan dilindungi Akta Hak Cipta 1987. Pembelian kod aktivasi hanya memberi lesen peribadi untuk menggunakan Gamjak, bukan pemilikan ke atas kandungan atau kodnya.

Larangan kejuruteraan balik & salinan. Dengan menggunakan laman web, app atau PWA Gamjak, anda bersetuju untuk TIDAK: (a) melakukan kejuruteraan balik (reverse engineer), menyahkompil, menyahhimpun atau cuba mendapatkan kod sumber Gamjak; (b) menyalin, memuat turun secara pukal (scraping), mengubah suai atau mengedar semula kod, aset, audio atau kandungannya; (c) menggunakan Gamjak atau mana-mana bahagiannya untuk membina, melatih atau mereka produk/perkhidmatan yang bersaing; (d) memintas sistem kod aktivasi atau premium. Pelanggaran terma ini boleh menyebabkan akses ditarik balik tanpa bayaran balik dan tindakan undang-undang diambil.

Hubungi kami. Sebarang pertanyaan mengenai privasi atau terma ini, hubungi 💬 WhatsApp +60 10-306 5030.